Powered By Blogger

04 May 2011

Coretan Untuk Calon Suamiku





✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸.¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السلام عليكم ورحمة الله و بركات





Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang daku memulakan coretan daripada lubuk hatiku ini…
terimalah coretan ini dengan hati yang terbuka daripada bakal isterimu ini…

Daku coretkan khas buatmu….

Wahai bakal mujahidku yang telah tertulis di Luth Mahfuz sebagai mujahidku dunia akhirat…. Terciptanya aku daripada tulang rusuk kirimu… itulah yang sering ku dengar bila berbicarakan tentang cinta adam dan hawa…
Wahai bakal suamiku, Aku sedang menantimu, Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan Allah, Seorang lelakil yang mencintai melebihi segala-galanya kpd Sang Khaliq Seorang mujahid yang mengharapkan darahnya tertumpah sbgai darah syahid… Seorang hambaNya yang sentiasa zikrullah.
Wahai bakal mujahidku, AKu tahu kau seorang yang tegas dan berani, Kau tidak akan pernah takut untuk berkata benar, Kau juga tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai dirimu Kau juga akan sentiasa tidak putus-putus untuk mengajakku berjuang berjihad fisabillillah…
Wahai bakal imamku, Ku harapkan kau akan selalu menghiburkan aku Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran, Dengan zikir-zikir munajat,

Kau yg selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran..Subhanallah…….
Dengan zikir-zikir munajat…Allhamdulilllah…..
Dengan surah-surah rindu yang dihafazmu….

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Kau menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Kau menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Kau memang sentiasa kelihatan penat
Matamu penat kerana membaca
Suaramu lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badanmu letih kerana bermunajat di malam hari

Kau sentiasa mengingati mati
Bagimu,dunia ini adalah panggung sandiwara semata-mata
Kita hambaNYA adalah pemainnya
Hasil keputusan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Kau sentiasa menjaga matamu dari melihat perkara-perkara maksiat
Kau sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Kau seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapamu
Kau juga sentiasa berbakti untuk keluargamu

Kau sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi godaan
Bagimu, godaan-godaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imanmu yang terkoyak
Lantaran mungkin karna kekhilafannya sendiri

Kau sentiasa menjaga solatmu kerana itulah kemuliaan dirimu
Kau sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Kau tidak pernah berasa malu mempertahankan agama Islam-NYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Kau sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Kau juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungmu
Kekasih sejatimu dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Kau selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Kau ingin mengajak aku ke sana sekali
Karna, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Kau ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai Kau karna agamamu dan karna cintamu kepada Maha Pencipta
Andai kau hilangkan cintaNya, maka hilanglah cintaku padamu
Cintamu terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilihmu

Siapakah kau..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah kau jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga kau tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan kau
Karna..
Kau pilihan ku..

Wallahu’alam Bishowab.


*♥*•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•. ♥♥~*♥**♥*~♥♥ .•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•*♥*
(¯`v´¯) ♥♥♥•♥•♥
`•.¸.•´ ♥♥.........¸.•´
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫
(¯`v´¯) ♥♥♥•♥•♥
`•.¸.•´ ♥♥.........¸.•´... ¸.•´¨) ¸.•*¨)♥
ƸӜƷ.¸¸¸.••..ƸӜƷ..••.¸¸¸.ƸӜƷ
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫



Semoga Bermanfaat...InshaALLAH Salam Santun n Salam Ukhuwah FiLLAH *___^

No comments:

Post a Comment